Assalamualaikum .
Di waktu petang yang cerah lagi kedengaran bunyi burung kekicauan, matahari yang tanpa segan silu menerangi bumi yang hanya menjadi pinjaman bagi semua makhluk-NYA. Sering kali aku berfikir, mengapa masih ada manusia yang tak pernah mahu bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan. Masih ada lagi yang lalai dengan duniawi lalu meninggalkan segala perintah-NYA.
Di waktu petang pergi enjoy sana sini. Malam ke kelab malam, berkaroake, berdangdut. Balik pulak lewat malam. Yang sudah lanjut usia masih menggunakan ayat yang sama 'alaaa, taubat aku bukannya diterima pun'. Yang muda 'aku muda lagi la, nanti dh tua aku bertaubat la' . Siapa kata taubat kita waktu tua tak diterima Allah?? Siapa kata dh tua baru nk bertaubat?? Semuanya salah tafsir. Jika kita berusaha untuk menjadi lebih baik, pasti 1001 alasan pun tak akan menjadi halangan untuk kita. Betul kn?
Kita sebagai manusia kena saling mengingati antara satu sama lain. Membuat dosa adalah perkara yang paling senang untuk dilakukan. Contohnya, melihat anak teruna/dara orang lama-lama pn tak boleh. Berdosa sekiranya boleh menaikkan nafsu seseorang. Jadi, perbanyakkan lah beribadah kepada Allah. Lakukan amalan2 sunat utk meningkatkan iman kita. InsyaAllah kita mampu lakukan.
No comments:
Post a Comment